LUAR NAMPAK BIASA,, TAPI HAKIKATNYA INILAH...
Luar nampak biasa, tapi hakikatnya inilah penyakit saya, Psoriatic Arthritis, Kulit dan Sendi.. Tak pernah hilang,, sentiasa ada. Akal manusia takkan mampu terfikir kenapa sakit kulit boleh affect sendi dan tulang selain organ dalaman yang lain. Penyakit ini tak berjangkit.! namun pedihnya hanya Allah yang tahu. Mama Zainon Mohd Ali dan bapak Shaari Mustafa, Doc Shahdan, my family dan ada insan-insan lain jenuh mencari ubat dari tradisional hingga ke modern. So far Allah belum temukan lagi penyembuhnya.
Sakit kulit tu akan kena diseluruh badan, depan belakang, tangan, muka dan sekecil-kecil bagai labah-labah membuat sarang, ia ada di dalam telinga dan hidung.. saya hidup dengan penyakit ni selama 25 tahun.
Namun setia kali bila flare up, sakit dia tetap macam mula-mula kena. Saya tak minta simpati. Saya hanya nak mendidik kerana apa yang saya lakukan ini adalah niat dari ustazah Maimun Harun.. Ada 4 jenis type of psoriasis, and boleh Google.
Saya anak ke-3 daripada 4 beradik.! waktu mula kena psoriasis, my mum ingat itu rash biasa or eczema sebab baby dan budak kecil lagi. Masa membesar, saya tak pernah faham kenapa mak tak bagi saya berambut panjang... Memang potong rambut pendek sentiasa so budak-budak lelaki yang lain ingat saya tomboy. Saya pun xkisah sangat pun.! Saya depression sejak umur 8 tahun. membesar dengan symptoms depression tapi tak pernah faham kenapa saya bertindak atau berfikir negative.
Waktu sekolah rendah paling banyak kali ponteng dan dapat balik awal sebab sakit (kakak amik saya) dan kebanyakan cikgu tak suka saya...
Tapi Alhamdulillah, saya boleh score tiap kali exam. Namun ada seorang cikgu ni sangat bencikan saya sampai satu hari, dia panggil saya ke depan untuk selesaikan soalan matematik.. Subjek ni saya selalu struggle, bila saya pegang kapur tu, kepala saya terus jadi blank.. sampai dia pilih untuk pukul belakang kepala saya dan dihantukkan ke papan hitam..!!!
perasaan masa tu marah saaaaaangat3 dan air mata bertakung,, saya angkat kepala saya balik dan dia suruh saya duduk ditempat saya.. Dia pilih untuk memalukan, bukan untuk mengajar!!. sejak itu saya trauma dengan subjek matematik...
Saya takde ramai kawan perempuan. Kalau ada pun yang satu team main hoki macam2 peringkat.. and yang selalu rapat dengan saya sampai orang panggil kami kembar ialah Ekin Zainal khan.. Orang yang pernah saya percaya akan jadi kawan saya backstabb saya sebab saya tunjuk macam mana sakit saya.. Mereka takut berjangkit walaupun jenuh saya berkata tidak.! mak ayah adik beradik pun tak pernah cakap saya sakit apa. Jawapan hanya sakit kulit.
Masuk ke darjah 6, Allah takdirkan lutut saya sakit setiap kali saya cuba luruskan kaki.. akan berbunyi.. Tapi mak saya bukan seorang doktor, apatah lagi dalam bahagian medical,. Jadi saya beritahu pada my mum, dia ingatkan saya buat-buat dan dahagakan perhatiannya..~!
0 comments:
Post a Comment