Maafkan aku jika perangai dan personaliti aku berubah...😢
Maafkan aku jika
perangai dan personaliti aku mula berubah. Terkadang kata-kata aku akan membuat
putusnya sebuah silaturahim. Maafkan aku. Aku keliru, takut, terlalu marah dan
teramat benci dengan diriku sendiri, terkadang airmataku mengalir sendiri, aku
menangis meratapi tanpa aku sedari. Aku selalu menyalahkan diriku pada setiap
keadaan. Kerana aku terlalu takut insan yang aku sayang hilang dan meninggalkan
diriku. Maafkan aku bila tindakan luar waras ku membuatkan kalian menangis.. Pada tiap kali aku mahu cuba untuk suicide, apabila lenganku
menjadi mangsa.. Maafkan aku kerana BORDERLINE PERSONALITY DISORDER mengawal
hidupku..
Namun pada insan yang tetap setia walaupun setelah melihat semua personaliti dan parut aku, tidak terus menghukum aku.. Terima kasih sangat³.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kesabaran kalian dalam menangani dan menjaga aku. Aku terlalu sayangkan kalian. Nyawaku, syurga ku
Antara part paling tearful hidup dengan Psoriatic Arthritis nie,
1. Bila mama mintak maaf sebab lahirkan aku dengan sakit nie..
Mama cakap kalau dia tahu takdir hidup aku macam ini, dia takkan lahirkan
aku... Tapi itu antara perjanjian Ina dan Allah di luh mahfuz.. Maaf kerana
buat kalian sering risau.
2. Bila mama doa mintak Allah berikan sakit aku berpindah pada
dia kerana dimata dan di hati dia, mama tak sanggup tengok aku pedih, menangis
merayu-rayu cakap 'ma, sakit ma, sakit~' dan aku tahu bapak juga tak sanggup.
Dan bila Allah makbulkan doa mama.. Menangis bila aku tengok dia masak dengan kulit yang terkoyak, plaster 2,3,4 jari..
Menangis lagi dalam hati bila aku sapukan ubat aku dikaki dia.. Pun berplaster banyak tempatðŸ˜
Dan bila Allah makbulkan doa mama.. Menangis bila aku tengok dia masak dengan kulit yang terkoyak, plaster 2,3,4 jari..
Menangis lagi dalam hati bila aku sapukan ubat aku dikaki dia.. Pun berplaster banyak tempatðŸ˜
ðŸ˜ðŸ˜
3. Kena injection trigger finger,
sakit giler sangat³ and terpaksa tahan air mata, tak keluar suara, sbb tak nak
mama risau then jadi lab human, kena cucuk sana sini depan mata mak sendiri dan
aku sendiri nampak airmata dia bergenang, lepas tu cepat² pusing lap mata..
0 comments:
Post a Comment