Pages

candi borobudur

cambodia

Phi Phi Island

Krabi,Thailand

Ao Nang Island

Krabi,Tahiland

Outdoor Wedding

Cherating Beach,Kuantan

MummyDaddyPrincess

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday 14 July 2019

MUKBANG EATING GOLDEN EGG


Assalamualaikum...



semalam hakak masuk kelas PJJ kat kampus UUM Kuantan..
sementara nak tunggu kelas sesi petang, hakak makan GOLDEN EGG 2pcs!

Hakak beli dekat SUSHI KING TELUK CEMPEDAK,KUANTAN.. 

Rasa dia memang sedap gilerrr..!!! 😋🍣

Hakak sertakan video hakak makan ni. semoga TERLIURR~ 
ha ha ha 😅




Thursday 11 July 2019

KISAH PESAKIT PSORIATIC ARTHRITIS !!! - INA SHAARI (PART 3)

Pada mata mak saya, saya hanya pura-pura sakit...

Pada mata mak saya, saya hanya pura-pura sakit lutut dan dahagakan perhatiannya... Namun jika fikir secara  logik, tak ada seorang pun yang bukan berlatar belakangkan bahagian medical akan percaya budak berumur 11-12 tahun sakit lutut. Lagipun pada waktu itu saya sedang mempersiapkan diri untuk dipilih ke pasukan hoki peringkat negeri.
Waktu itu tanda Bipolar mula ada.. Ditambah dengan depression, saya mempunyai Anger Issues.!

Saya tak dipilih ke peringkat negeri kerana saya tak dapat habiskan larian dalam masa yang ditetapkan kerana sakit lutut. Ya! saya berlari dengan sakit lutut pada hari pemilihan.  Saya bagi sehabis daya saya namun rezeki tidak memihak pada saya. saya akur..! saya terpaksa tinggalkan sukan yang paling saya sayang..!

Menginjak ke sekolah menengah, sukan tidak lagi saya pandang. Namun Allah berikan minat yang baru. Dia tahu saya tak mampu lagi bermain hoki dan berlari, Dia pertemukan saya dengan aktiviti lain.. Saya pilih unit badan beruniform, KRS. Saya pilih untuk berkawad.
Waktu di Tingkatan 1 dan 2, saya aktif berkawad...terlalu gilakan kawad. Passion baru. Bertanding dari peringkat sekolah sehingga mewakili negeri.. saya rasa puas sangat3..!!
Dan waktu itu, sakit saya hanya ada di kepala. sakit itu seperti Kelemumur seperti gambar yang saya sediakan.. Sebab itu mak saya suruh saya berambut pendek, supaya senang untuk sapu ubat. Cara mak saya sapu ubat air untuk dititiskan pada tempat luka ialah dengan cara saya baring di riba mak saya, kemudian terpaksa kopek kulit yang tebal itu sampai terkadang berdarah, dan bila diletakkan ubat, rasa sakitnya itu seperti luka yang disiat-siat dan diletakkan terus garam ke atas luka itu..

Menangis,,, meronta-ronta,,, dalam esakkan saya, merayu pada mak saya "mama, taknak...pedih...sakit ma...sakit..."😭😭 !!!
Dan saya tahu disaat saya meronta, kaki menendang angin, dan menangis, syurga saya menangis sekali.. Setiap malam begitulah rutinnya, . Terkadan sampai saya tertidur dengan airmata mengalir kerana penat meronta da terlalu pedih..

Namun pada waktu itu, hanya itu sahaja cara perubatannya.

Pada umur 14tahun baru saya tahu apa nama penyakit saya. Psorisis. 
Waktu itu saya bertemu dengan pakar kulit di Hospital Pusrawi. Oh ya!Selain berkawad, saya join nasyid. Waktu itu Allah aturkan pertemuan saya dengan ustazah Maimun Harun dan ustazah yang lain.
Saya tak tahu apa first impression ustazah Maimun terhadap saya,. Namun first impression saya terhadap ustazah Maimun ialah tegas walaupun kecil orangnya... kecil-kecil cili padi.. 😂

KISAH PESAKIT PSORIATIC ARTHRITIS !!! - INA SHAARI (PART 2)


LUAR NAMPAK BIASA,, TAPI HAKIKATNYA INILAH...



Luar nampak biasa, tapi hakikatnya inilah penyakit saya, Psoriatic Arthritis, Kulit dan Sendi.. Tak pernah hilang,, sentiasa ada. Akal manusia takkan mampu terfikir kenapa sakit kulit boleh affect sendi dan tulang selain organ dalaman yang lain. Penyakit ini tak berjangkit.! namun pedihnya hanya Allah yang tahu. Mama Zainon Mohd Ali dan bapak Shaari Mustafa, Doc Shahdan, my family dan ada insan-insan lain jenuh mencari ubat dari tradisional hingga ke modern. So far Allah belum temukan lagi penyembuhnya.

Sakit kulit tu akan kena diseluruh badan, depan belakang, tangan, muka dan sekecil-kecil bagai labah-labah membuat sarang, ia ada di dalam telinga dan hidung.. saya hidup dengan penyakit ni selama 25 tahun.

Namun setia kali bila flare up, sakit dia tetap macam mula-mula kena. Saya tak minta simpati. Saya hanya nak mendidik kerana apa yang saya lakukan ini adalah niat dari ustazah Maimun Harun.. Ada 4 jenis type of psoriasis, and boleh Google.



Saya anak ke-3 daripada 4 beradik.! waktu mula kena psoriasis, my mum ingat itu rash biasa or eczema sebab baby dan budak kecil lagi. Masa membesar, saya tak pernah faham kenapa mak tak bagi saya berambut panjang... Memang potong rambut pendek sentiasa so budak-budak lelaki yang lain ingat saya tomboy. Saya pun xkisah sangat pun.! Saya depression sejak umur 8 tahun. membesar dengan symptoms depression tapi tak pernah faham kenapa saya bertindak atau berfikir negative.
Waktu sekolah rendah paling banyak kali ponteng dan dapat balik awal sebab sakit (kakak amik saya) dan kebanyakan cikgu tak suka saya...

Tapi Alhamdulillah, saya boleh score tiap kali exam. Namun ada seorang cikgu ni sangat bencikan saya sampai satu hari, dia panggil saya ke depan untuk selesaikan soalan matematik.. Subjek ni saya selalu struggle, bila saya pegang kapur tu, kepala saya terus jadi blank.. sampai dia pilih untuk pukul belakang kepala saya dan dihantukkan ke papan hitam..!!!
perasaan masa tu marah saaaaaangat3 dan air mata bertakung,, saya angkat kepala saya balik dan dia suruh saya duduk ditempat saya.. Dia pilih untuk memalukan, bukan untuk mengajar!!. sejak itu saya trauma dengan subjek matematik...

Saya takde ramai kawan perempuan. Kalau ada pun yang satu team main hoki macam2 peringkat.. and yang selalu rapat dengan saya sampai orang panggil kami kembar ialah Ekin Zainal khan.. Orang yang pernah saya percaya akan jadi kawan saya backstabb saya sebab saya tunjuk macam mana sakit saya.. Mereka takut berjangkit walaupun jenuh saya berkata tidak.! mak ayah adik beradik pun tak pernah cakap saya sakit apa. Jawapan hanya sakit kulit.

Masuk ke darjah 6, Allah takdirkan lutut saya sakit setiap kali saya cuba luruskan kaki.. akan berbunyi.. Tapi mak saya bukan seorang doktor, apatah lagi dalam bahagian medical,. Jadi saya beritahu pada my mum, dia ingatkan saya buat-buat dan dahagakan perhatiannya..~!






KISAH PESAKIT PSORIATIC ARTHRITIS !!! - INA SHAARI (PART 1)


Maafkan aku jika perangai dan personaliti aku berubah...😢


Maafkan aku jika perangai dan personaliti aku mula berubah. Terkadang kata-kata aku akan membuat putusnya sebuah silaturahim. Maafkan aku. Aku keliru, takut, terlalu marah dan teramat benci dengan diriku sendiri, terkadang airmataku mengalir sendiri, aku menangis meratapi tanpa aku sedari. Aku selalu menyalahkan diriku pada setiap keadaan. Kerana aku terlalu takut insan yang aku sayang hilang dan meninggalkan diriku. Maafkan aku bila tindakan luar waras ku membuatkan kalian menangis.. Pada tiap kali aku mahu cuba untuk suicide, apabila lenganku menjadi mangsa.. Maafkan aku kerana BORDERLINE PERSONALITY DISORDER mengawal hidupku..

Namun pada insan yang tetap setia walaupun setelah melihat semua personaliti dan parut aku, tidak terus menghukum aku.. Terima kasih sangat³.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kesabaran kalian dalam menangani dan menjaga aku. Aku terlalu sayangkan kalian. Nyawaku, syurga ku




Antara part paling tearful hidup dengan Psoriatic Arthritis nie,
1. Bila mama mintak maaf sebab lahirkan aku dengan sakit nie.. Mama cakap kalau dia tahu takdir hidup aku macam ini, dia takkan lahirkan aku... Tapi itu antara perjanjian Ina dan Allah di luh mahfuz.. Maaf kerana buat kalian sering risau.

2. Bila mama doa mintak Allah berikan sakit aku berpindah pada dia kerana dimata dan di hati dia, mama tak sanggup tengok aku pedih, menangis merayu-rayu cakap 'ma, sakit ma, sakit~' dan aku tahu bapak juga tak sanggup. 
Dan bila Allah makbulkan doa mama.. Menangis bila aku tengok dia masak dengan kulit yang terkoyak, plaster 2,3,4 jari..
Menangis lagi dalam hati bila aku sapukan ubat aku dikaki dia.. Pun berplaster banyak tempat
😭
😭😭
3. Kena injection trigger finger, sakit giler sangat³ and terpaksa tahan air mata, tak keluar suara, sbb tak nak mama risau then jadi lab human, kena cucuk sana sini depan mata mak sendiri dan aku sendiri nampak airmata dia bergenang, lepas tu cepat² pusing lap mata..

4. Bila mak sendiri kena trigger fingers and kena injection tu.. Mama sendiri tertunduk, cakap Allah... Aduh.. Sebab aku tahu sakitnya injection tu mcm mna.. 😭😭😭




Wednesday 10 July 2019

Makanan Viral Di Sg Petani,Kedah!!!

Makanan Viral yang wajib anda cuba jika berkunjung di Sungai Petani, Kedah!!!
💓💓💓😱😱😱


Jika anda berkunjung ke Sungai Petani, Kedah, menu wajib yang perlu anda cuba adalah Kopok Leko Ketagih. Rasa dan keenakkannya yang sungguh lazat dan ketagih serta dijamin HALAL 100%.!!! - Dimiliki oleh syarikat bumiputera D'Timur Frozen Food 👍


"RASA SEKALI PASTI KETAGIH"


Tagline bagi makanan Kopok Leko Ketagih ini sangat sesuai kerana rata-rata pengunjung yang datang membeli keropok lekor pasti ketagih dan datang semula untuk membeli dan menikmati kelazatan keropok lekornya.

Antara perisa yang dapat anda peroleh adalah seperti Keropok Lekor, Lekor Cheese, Keropok Mayo, Keropok Mayo Cheese.. Disamping itu , anda juga  boleh dapatkan makanan frozen seperti karipap frozen yang dijual di kiosk-kiosk Kopok Leko Ketagih. 










Macam mana nak dapatkan dan rasa keenakkan Kopok Leko Ketagih ni???

Anda boleh berkunjung di kiosk-kiosk kami di lokasi:

1- Amanjaya Mall, Sg Petani
2- Tesco Utara, Sg Petani
3- Tesco Selatan, Sg Petani
4- Mydin Taman Batik, Sg Petani
5- Tesco Bagan Ajam, Penang










"RASA SEKALI PASTI KETAGIH"

FOLLOW DAN SHARE DI IG & FB : D'TIMUR FROZEN FOOD

Sunday 7 July 2019

WOWW, Superb Lawa Habis!!!


Koleksi Pelamin Dan Baju Pengantin by The Kemboja Wedding Planner / Sarah Abdullah
💗💗💗

Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah, Mara menuju mahligai kasih




Kelat mengkudu tiada bertanda, Patah dahan tempat berteduh.
Berkat restu ayahanda bonda, Mudah-mudahan dipanjang jodoh. 


Bagi korang yang inginkan dan tercari-cari pelamin untuk hari bahagia boleh gunakan khidmat The Kemboja Wedding Planner. Harga yang berpatutan dan sesuai dengan bajet korang. Service sangat bagus dan Insya-Allah korang puas hati dengan hasil tangan diorang ni.. 

Kat bawah ni korang boleh tengok antara koleksi pelamin by The Kemboja Wedding Planner. superb cantik..!!!









Yang ni fresh flower handbouquet homemade. lawa kan..??hi hi 



Koleksi baju Pengantin by The Kemboja Wedding Planner







Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Puan Sarah : 017 965 3918

Pelamin by : The Kemboja Wedding Planner(FB)
                   : Sarah Abdullah (FB)












Suamiku...Syurgaku !

Suprise Birthday Husband - 21/6/19@2000hrs at Seoul Garden HotPot ECM,Kuantan


Happy birthday to you... happy birthday to you... happy birthday happy birthday... happy birthday to you..!!! he he. Ayang doakan semoga sayang murah rezeki,panjang umur dan jadi suami yang soleh kepada ayg n jugak anak-anak kita..




Punyalah cepat n ringkas celebrate birthday husband,.. mau tak nye. Plan dalam masa sehari je.. Gigihla aku ni cari suprise bouquet, tempah kek bagai.. nasib baik diorg semua boleh selit oder aku nih.. Sebelum nak buat suprise, dah tanya husband nak hadiah apa. Dia cakap nak hadiah barang-barang kereta. haihh!!aku ni jenis pantang kalau laki minta hadiah barang-barang kereta.. Memang tak suka. Tapi dah memang jenis hobi laki aku kan,nak buat mcm mne.. Jadi, conclusionnya aku bagi kek gambar kereta dia.. Adil lah kan. ha ha ha.

Hari nak buat suprise tu pon banyak tragedi jugak sebenarnya. Hellium balloon  tu boleh pecah dalam kereta akak delivery tu..masa nak suprise tu pkul 7.30pm,tapi delay ke jam 8pm. Kesian jugak dekat dia kene patah balik ke Cherating dari Kuantan sebab nak buat balloon yang baru, dengan hujan lebat sangat-sangat lagi hari tu.hu hu hu.. Nama dia aku panggil  Kak Ain je. Dia ni wife Incharge tempat aku kerja. Jadi, apa-apa suprise delivery aku order dengan dia je, senang.! Korang kalau nak buat suprise delivery Boleh follow ig die @wiewiensuprise.., kalau kat facebook boleh search nama Wie Wien's. Service dia memang bagus.. Harga pun berpatutan n ikut bajet korang masing-masing. Aku order money bouquet dengan balloon tu harga memang berbaloi.. Nanti korang risik-risikla ig n fb die okey!..

Kek tu aku oder dengan Zalina Iena(Fb). kek dia memang sedap n lembut giler.. and one more thing, korang oderla corak mcam mana yang korang nak, comfirm dia boleh buat sebiji denga yang korang mintak.. Harga pun berpatutan.. Gerenti korang tak kan menyesal order kek dengan dia. Bagi korang yang duduk area Kuantan Kemaman boleh order dengan dia. Sebelum ni biasa aku beli kek dekat kedai-kedai kek je, n Secret Recepi tu pon aku kurang sangat beli sbb aku tak suka sangat makan kek yang coklat2 ni.. Tapi bila rasa kek akak Zalina Iena ni memang superb lembut n sedap! aku bawak pergi kelas berebut classmate aku makan. HA HA HA!!! Lagi satu, aisin die pun lembut sangat and tak muak.. kadang kalau makan kek yang jual-jual kat kedai ni asin die muak n keras sedikit. Tapi yang akak Zalina ni tak rasa muak. Tapi lain orang lain citarasanya kan. Tapi bagi aku memang sedap. He he he!!